05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:16
Zohor
16:42
Asar
19:25
Maghrib
20:41
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MUALAF TERUSKAN MOMENTUM MENDALAMI ILMU ASAS FARDU AIN MELALUI KIFA DI MASJID AL AKRAM, DATUK KERAMAT

kafa1

 

11 Mei 2024 (SABTU) | 2 Zulkaedah 1445H - KIFA siri 3/2024 anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Al Akram, Datuk Keramat telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 11 Mei 2024 bersamaan 2 Zulkaedah 1445 Hijri.


Alhamdulillah, kehadiran 40 peserta mualaf baharu bersama ahli keluraga serta pengiring berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan begitu baik. Perkongsian sesi slot ceramah di sampaikan oleh Ustazah Nur Ain Sumaiyah yang merupakan AJK Belia Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan dan Ustaz Aryf Zaki bin Mohd Ali seorang Pendakwah Bebas amat berkesan dan sesi komunikasi secara dua hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan. Pengalaman kedua-dua penceramah dalam hal ehwal kebajikan dan pengajian mualaf di Malaysia amat berguna kepada setiap para peserta.


Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh para fasilitator yang terdiri dari Imam dari pihak masjid dan guru-guru mualaf KDH berdasarkan kumpulan peserta yang telah dibahagikan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam.


Terima kasih kepada seluruh saf pimpinan dan petugas Masjid Al Akram Datuk Keramat atas kesudian dan komitmen bersama menyantuni peserta mualaf sepanjang KIFA berjalan. Kita bertemu pada KIFA siri seterusnya pada bulan Jun 2024.

 

 

kafa2 kafa3
kafa4 kafa5
kafa6 kafa7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel