05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENERANGAN PENGISLAMAN SIRI 1 TAHUN 2024

KPP1

 

24 April 2024 (RABU) | 15 Syawal 1445H - JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) telah melaksanakan Kursus Penerangan Pengislaman Siri 1 Tahun 2024 yang diuruselia sepenuhnya menerusi Unit Pengislaman dan Pendaftaran CKSB. Kursus telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur dan dihadiri seramai 47 orang para petugas Pengurusan Masjid-masjid Kuala Lumpur bagi Zon 5 dan 6. Objektif penganjuran kursus adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada petugas masjid berhubung tindakan terhadap Prosedur Pengislaman dan Pendaftaran Pengislaman. Ia secara langsung membantu dan memastikan kelancaran majlis pengislaman yang dilaksanakan di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Setiap peserta telah didedahkan tentang perundangan berkait rapat dengan majlis pengislaman sebagai langkah awal penjagaan akidah mualaf terpelihara termasuk penjagaan dari sudut kebajikan mahupun undang-undang yang sedia ada. Diharapkan dengan pelaksanaan kursus seperti ini, usaha memperkasakan pengurusan hal ehwal mualaf di Wilayah Persekutuan dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa

 

 

KPP2 KPP3
KPP4 KPP5
KPP6  

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel