05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN

MJ1

 

22 April 2024M (ISNIN) | 13 Syawal 1445H - JAWI menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf Wilayah Persekutuan (JKHEMWP) Kali Ke-21 Bilangan 1/2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Timbalan Pengerusi JKHEMWP. Mesyuarat telah berlangsung di Dewan Syura Perdana, Menara Pusat Islam, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Ahli-ahli JKHEMWP yang terdiri daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, ahli NGO dan individu kalangan mualaf yang dilantik.


Mesyuarat pertama bagi tahun 2024 ini membincangkan isu-isu semasa pengurusan hal ehwal mualaf di Wilayah-wilayah Persekutuan dan agenda perbincangan turut menyentuh terhadap isu tindakan pengemaskinian status agama Islam mualaf pada kad pengenalan dan pendekatan bimbingan susulan bagi permohonan pengisytiharan status agama. Malahan perbincangan turut mengambil kira program dan peruntukan kewangan bagi pengurusan mualaf di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Mesyuarat berakhir pada jam 5.10 petang dengan ucapan penutup oleh YBhg. Kolonel Datuk Timbalan Pengerusi JKHEMWP yang sekali lagi mengucapkan terima kasih atas semua ahli yang hadir memberikan komitmen tinggi dan kerjasama terbaik demi manfaat dan kesinambungan pengurusan mualaf di Wilayah-wilayah PersekutuanUstaz, boleh terangkan apa itu terawih dan lailatul qadar. Bila orang normal terangkan saya masih tak faham walaupun dalam bahasa isyarat. Adakah saya dapat pahala solat terawih walaupun saya tak faham mengenainya?” Tanya salah seorang peserta daripada OKU Pendengaran Kem Ibadah MADANI OKU semalam.


Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD), Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah menganjurkan Kem Ibadah MADANI OKU Tahun 2024 yang bertemakan Fiqh Ibadat di Masjid Jamek Kampong Bharu Kuala Lumpur. Program ini turut diadakan bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun JAWI bersama masyarakat. 
Para peserta OKU berpeluang untuk mengutarakan pelbagai soalan yang membelenggu mereka berkait ibadat dalam kehidupan seharian mereka melalui slot ‘OKU Tanya, Ustaz Jawab’ yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, Tn.Hj Sabran Jamil bin Ab Razak. Seterusnya program ini diteruskan dengan slot 2 mengenai ‘Teori Rukhsah Solat’ berserta latihan secara praktikal secara berkumpulan semasa slot ketiga agar para peserta OKU dapat belajar secara lebih terperinci dan berfokus.


Program ini telah disertai oleh 200 peserta daripada pelbagai jenis OKU antaranya OKU Penglihatan, OKU Pendengaran, OKU Fizikal, OKU Masalah Pembelajaran, OKU Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan orang awam. Selain itu, program ini turut dijayakan dengan bantuan 15 orang jurubahasa isyarat, 30 orang fasilitator, dan 15 orang sukarelawan. 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid Jamek Kampong Bharu yang telah  menyediakan tempat dan fasiliti yang selesa serta mesra OKU kepada para peserta. Seterusnya, ribuan terima kasih turut diucapkan kepada JAWI Food Bank, Noraini’s Cookies, dan Syarikat Salmi Hj Tamin yang telah menaja barang sumbangan kepada para peserta.  
Semoga para peserta dapat memahami dan mendapat penjelasan yang sewajarnya melalui program ini.

 

 

MJ2 MJ3
MJ4  
   

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel