05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KIFA MEDAN TERBAIK MUALAF MENDALAMI ILMU ASAS BERKAITAN ISLAM

WhatsApp Image 2024 02 25 at 10.53.30 AM

24 FEBRUARI 2024M | 14 SYAABAN 1445H (SABTU) - KIFA Siri 1/2024 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan baik seperti perancangannya. Alhamdulillah, kursus tersebut berjaya menarik minat 36 orang peserta mualaf baharu dengan menunjukkan respon dan komitmen yang positif sepanjang program berlangsung. Sesi ceramah melalui interaksi dua hala yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Saiful Hafiz Vijia(Pegawai Baitulmal MAIWP) dan Ustaz Muhammaf Jais Mariappan (Pegawai Dakwah PERKIM Kebangsaan) memberikan peluang kepada peserta untuk menambahkan kefahaman tentang Islam. Pengalaman kedua-dua penceramah dalam hal-ehwal kebajikan dan mualaf di Malaysia dapat dimanfaatkan oleh para peserta.

Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal diadakan bagi memberikan tumpuan terhadap aspek ibadah wuduk dan solat yang dikendalikan oleh fasilitator yang berpengalaman dari kalangan guru-guru sekolah dan pegawai di JAWI yang terpilih mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Komitmen jitu dan fokus yang tinggi diberikan oleh para peserta untuk terus mendalami aspek ibadah asas di dalam Islam. Semoga semangat ini dapat diteruskan dalam sesi pengajian dan pembelajaran dalam bergelar mualaf yang terbaik. KIFA Siri 2/2024 akan dilaksanakan pada awal Mac 2024.

WhatsApp Image 2024 02 25 at 10.57.58 AM WhatsApp Image 2024 02 25 at 10.58.00 AM 1
WhatsApp Image 2024 02 25 at 10.58.01 AM WhatsApp Image 2024 02 25 at 10.58.04 AM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel