05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS TAKLIMAT PERKHIDMATAN DAN PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN FASILITATOR PUSAT KHIDMAT KELUARGA, SOSIAL DAN KOMUNITI (PKKSK) BAGI TAHUN 2024/2025

Pelantikan Fasilitator 1

22 Februari 2024 | 12 Syaaban 1445H (Khamis) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Pembangunan Keluarga Islam (PKI), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Majlis Taklimat Perkhidmatan dan Penyerahan Surat Pelantikan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) bagi tahun 2024/2025 bertempat di Dewan Syura Perdana, JAWI, Kuala Lumpur.

Seramai 20 orang fasilitator telah dilantik bagi tahun 2024/2025 ini. Mereka yang dilantik akan ditempatkan di 3 buah lokasi di Kuala Lumpur; iaitu di UTC Pudu Sentral UTC Mini Keramat dan Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju. Manakala lokasi di Putrajaya adalah di Surau Al-Iman Presint 9 dan Surau Al-Furqan Presint 11. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah khidmat nasihat dan runding cara kekeluargaan, sosial, serta bantuan penerangan berkaitan prosedur perkahwinan di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Sesi taklimat dan pembentangan Garis Panduan Pengurusan Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah disampaikan oleh Ustazah Azian Eziana binti Ahmad; Penyelaras Unit Pembangunan Keluarga, BPPK. Antara penekanan yang telah diberikan adalah berkaitan pelantikan, tugas dan tanggungjawab, serta etika kerja yang perlu dititikberatkan oleh seorang fasilitator.

Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, bagi mengiringi Tuan Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang hadir untuk menyempurnakan majlis. Sebelum sesi penyerahan surat lantikan, beliau telah mengamanatkan kepada semua fasilitator agar dapat menjalankan tugas dengan baik sepertimana yang telah diamanahkan dan sentiasa menjaga keperibadian diri dalam menghadapi dunia masa kini. Beliau juga berharap agar fasilitator yang dilantik dapat menjaga nama baik Jabatan.

Semoga dengan pelantikan fasilitator ini dapat membantu masyarakat di luar sana dalam urusan hal ehwal kekeluargaan

Pelantikan Fasilitator 1 2 Pelantikan Fasilitator 1 3
Pelantikan Fasilitator 1 4 Pelantikan Fasilitator 1 5

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel