Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

AUDIT PEMATUHAN PENGURUSAN NCR, RC DAN SPPIM DI JAWI PUTRAJAYA

Audit Putrajaya 1

3 Oktober 2023 | 17 Rabiulawal 1445H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah melaksanakan Audit Pematuhan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (NCR), Runding Cara (RC) dan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di JAWI Putrajaya selama dua hari bermula 2 hingga 3 Oktober 2023 (Isnin dan Selasa).

Audit Pematuhan Pengurusan SPPIM di tiga Wilayah Persekutuan merupakan salah satu aktiviti/program yang digariskan sebagai strategi bagi memantapkan tadbir urus NCR dan RC di Wilayah-wilayah Persekutuan selaras dengan Teras 5, Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAWI. Program audit pada tahun ini adalah susulan daripada audit yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Pasukan audit telah diketuai oleh YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK bersama lima orang juruaudit yang dilantik secara dalaman. Skop pengauditan memfokuskan kepada urusan kebenaran berkahwin, permohonan berkahwin menggunakan Wali Hakim, pendaftaran nikah, cerai dan rujuk, permohonan Perintah Pengesahan Pendaftaran Perkahwinan (4P), RC dan Jawatankuasa Pendamai, SPPIM dan backlog data NCR serta pembayaran fi.

Exit conference bagi program audit ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Sukri bin Abd Ghani, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Putrajaya. Secara keseluruhannya, pasukan audit mendapati bahawa tadbir urus NCR dan RC di JAWI Putrajaya telah dilaksanakan pada tahap yang sangat baik di mana banyak penambahbaikan dan penyelarasan telah dibuat terhadap hasil penemuan dan teguran audit pada tahun 2022. 

Walau bagaimanapun, pasukan audit ada juga membuat beberapa teguran dan cadangan bagi memperkemaskan lagi tadbir urus NCR dan RC di JAWI Putrajaya selaras dengan peraturan dan Piagam Pelanggan Jabatan demi kesejahteraan institusi keluarga dan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Audit Putrajaya 2 Audit Putrajaya 6
Audit Putrajaya 4 2
Audit Putrajaya 8 Audit Putrajaya 9
Audit Putrajaya 11 2
Audit Putrajaya 10 Audit Putrajaya 13
Audit Putrajaya 12 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel