05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

"AKU WANITA HIGH CLASS" MENJADI TEMA SEMINAR WANITA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN ANJURAN JAWI

WhatsApp Image 2023 09 08 at 8.11.46 AM 1

7 SEPTEMBER 2023M | 21 SAFAR 1445H (KHAMIS) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Seminar Wanita Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara Kuala Lumpur.

Program ini dijayakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai dan Masjid Negara. Program dimulakan dengan bicara santai bertajuk 'Aku Wanita ‘High Class ' yang dikendalikan oleh Ustaz Naufal Mahpuzillah sebagai moderator bersama barisan panel yang terdiri daripada Dai' Nor Adibah binti Rozain, penceramah selebriti dan Puan Dzuriasikim binti Dzulkifli, seorang pempengaruh di media sosial dan pengasas produk kecantikan.

Sesi bicara santai telah dikupas secara tuntas oleh Ustazah Adibah berkenaan wanita high class daripada perspektif Islam. Manakala Puan Dzuriasikim telah memberi inspirasi kepada para peserta melalui perkongsian pengalaman peribadi beliau membesarkan anak-anak sebagai seorang ibu berdikari di samping membina kerjaya demi sebuah kehidupan. High Class seseorang wanita itu bukan ukuran pada banyaknya harta, tingginya pangkat dan kedudukan mahupun rupa paras. High Class seseorang wanita bukan terletak pada neraca pandangan makhluk tetapi ia bersandarkan kepada penilaian Allah, sebagaimana sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”.

Para peserta turut didedahkan dengan sesi ceramah kesihatan bertajuk 'Kanser Serviks dan Payudara Pembunuh Senyap Wanita' yang telah disampaikan oleh Dr. Hannah Lily Caleb, Pegawai Perubatan Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai. Pameran dan saringan kesihatan turut disediakan termasuk saringan HPV dan pemeriksaan payudara secara percuma sepanjang program berlangsung.

Program ini telah melabuhkan tirai dengan majlis perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mewakili YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. JAWI mengucapkan terima kasih kepada penaja program yang terdiri daripada rakan-rakan strategik JAWI iaitu MAMEE, Vida World, Yeo's dan Today Bakeries.

WhatsApp Image 2023 09 08 at 8.11.17 AM 1 WhatsApp Image 2023 09 08 at 8.11.44 AM
WhatsApp Image 2023 09 08 at 8.11.44 AM 1 WhatsApp Image 2023 09 08 at 8.11.46 AM
WhatsApp Image 2023 09 08 at 8.11.45 AM 2 WhatsApp Image 2023 09 08 at 8.11.45 AM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel