05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TAKLIMAT PENARAFAN PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

penarafan 1

29 Ogos 2023 | 12 Safar 1445H (Selasa) –  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan program Taklimat Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah-wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK JAWI dan diteruskan dengan sesi taklimat berkaitan Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Muhamad Jalani bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap penyelaras Program Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah-wilayah Persekutuan. Turut hadir, YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK JAWI merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan.

Taklimat ini merupakan platform penerangan secara langsung kepada semua syarikat serta pengendali Kursus Praperkahwinan Islam mengenai kaedah penarafan berpandukan Garis Panduan Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) JAWI sebelum pengauditan dan penilaian penarafan dilaksanakan pada September 2023. Sebanyak 26 syarikat akan terlibat dalam program penarafan ini meliputi 21 syarikat di Kuala Lumpur, 3 syarikat di Putrajaya dan 2 syarikat di Labuan. 

Program taklimat ini telah dihadiri oleh pengurus serta wakil dari 26 syarikat serta pengendali Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Program turut dihadiri oleh panel-panel penilai yang telah dilantik oleh JAWI.

Diharapkan program Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam ini akan dapat mempertingkatkan standard kualiti pengurusan pusat-pusat Kursus Praperkahwinan Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh JAWI dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat seluruhnya.

penarafan 2 penarafan 3
penarafan 4 penarafan 5
penarafan 6 penarafan 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel