05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM PENGHAYATAN NILAI ISLAM DALAM PERKHIDMATAN SIRI 5/2023

369807657 700392558571255 472543333102688882 n

25 OGOS 2023M | 8 SAFAR 1445H (JUMAAT) – Telah berlangsung Ceramah Penghayatan Nilai-nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam Siri 5/2023 anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di Bilik Taklimat, Aras 2, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia. Ceramah bertajuk “Pencemaran Akidah Penghalang Kecemerlangan Prestasi Organisasi” telah disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Muhyidin bin Hj Aziz@Saari, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kajian Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kupasan berkisar tentang isu-isu yang berkait dengan ancaman akidah yang berlaku di negara ini yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat. Cabaran era globalisasi memungkinkan anggota masyarakat termasuk penjawat awam terdedah dengan pelbagai ancaman dan kekeliruan berkait aspek akidah umat Islam. Justeru para penjawat awam perlu sentiasa berwaspada dan peka dengan ajaran-ajaran yang telah difatwakan sesat oleh pihak berautoriti.

Seramai lebih 50 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan juga kakitangan Parlimen Malaysia telah mengikuti program ini. Turut hadir adalah Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Parlimen Malaysia YBhg Encik Riduan bin Rahmat dan Naib Yang di Pertua Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia Tuan Ahmad Johan bin Mohd Affandi. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustazah Puan Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

369781390 700392631904581 6635958342949531495 n 370677627 700392665237911 7275030614583321658 n
370690960 700392691904575 5551559330936322184 n 370771817 700392715237906 6551638668187916135 n
370819697 700392771904567 8402944598600809913 n 370785578 700392748571236 1324293340120857056 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel