05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SESI TAKLIMAT LIBAT URUS PROJEK KLGTZHIV MENJELANG 2030

369558802 698895455387632 6415761199670195670 n

21 OGOS 2023M | 4 SAFAR 1445H (ISNIN) – Pada 21 Ogos 2023, satu pertemuan telah berlangsung melibatkan wakil Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di Dewan Syura Perdana, Aras 11 Kompleks Pusat Islam.

Pertemuan ini merupakan Sesi Taklimat Libat Urus Projek Kuala Lumpur Menuju Sifar HIV (KLGTZHIV) Menjelang 2030 iaitu projek yang melibatkan semua agensi di Wilayah Persekutuan. Pengarah JAWI telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keagamaan dan Moral bagi Projek Kuala Lumpur Menuju Sifar HIV (KLGTZHIV) Menjelang 2030, yang turut dianggotai oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Jawatankuasa ini akan berperanan dalam pelaksanaan program kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat berkaitan HIV/AIDS melalui agensi agama dan perpaduan (JPNIN) di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berpopulasi tinggi dalam usaha menyasarkan sifar HIV menjelang 2030.

369467495 698895518720959 7492748226044160749 n 369786381 698895478720963 3530333523221252583 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel