05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TOWNHALL PENGARAH JAWI BERSAMA PNCR DAN PPNCR WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

Townhall 1

14 Ogos 2023 | 27 Muharram 1445H (Isnin) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan program Townhall Pengarah JAWI bersama Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan pada 14 Ogos 2023 (Isnin) bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Program ini diadakan sebagai sesi dialog Pengurusan Tertinggi JAWI bersama Pendaftar (PNCR) dan Penolong Pendaftar (PPNCR) mengenai isu-isu perkahwinan, perceraian dan rujuk (NCR) demi memantapkan lagi pengurusan dan penyampaian JAWI kepada para pelanggan dan umat Islam umumnya.

Program dimulai dengan ceramah bertajuk "Pengesahan Nikah (4P) dan Kebenaran Poligami – Perbahasan Menurut Syarak dan Prosedur Undang-Undang" oleh Tuan Rosdi bin Hanapi, Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program Townhall ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang telah menyampaikan ucapan amanat mengenai peranan, tanggungjawab dan harapannya kepada semua PNCR dan PPNCR Wilayah Persekutuan.

YBhg. Datuk Pengarah JAWI dalam ucapannya juga ada memaklumkan dua perkara yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Oktober 2O23, iaitu:

(a) Penetapan kadar minimum mas kahwin di Wilayah Persekutuan adalah tidak kurang daripada RM300.00. Penetapan ini telah dibuat oleh MAIWP dalam sidang mesyuaratnya kali ke-162 pada 22 Februari 2023 dan telah diperkenankan oleh KDYMM SPB YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 19 Mei 2023; dan

(b) Serahan sijil perakuan daftar NCR JAWI (termasuk salinan) hanya diberi kepada pemilik sijil sahaja. Pemilik atau pasangan yang tidak dapat hadir hendaklah menulis surat lantik wakil untuk pengambilan sijil tersebut. Serahan kepada wakil dibuat apabila surat tersebut diserahkan kepada pihak JAWI bersama salinan dokumen pengenalan wakil (Kad Pengenalan/pasport).

Lebih 100 orang PNCR dan PPNCR Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) telah menghadiri program ini. Sebahagian besar peserta hadir secara fizikal manakala selebihnya mengikutinya melalui aplikasi Google Meet.

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK JAWI merangkap KPNCR Wilayah-wilayah Persekutuan, Imam Besar Masjid Negara, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan dan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya sebagai PPNCR masjid-masjid tersebut.

Townhall 2
Townhall 6 Townhall 7.2
Townhall 3 Townhall 4
Townhall 11 Townhall 10
Townhall 16 Townhall 17
Townhall 12.2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel