05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS ASAS TOT PENCERAMAH MBKPI JAWI

TOT MBKPI 1

28 Julai 2023 | 10 Muharram 1445H (Jumaat) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM telah menganjurkan Kursus Asas Training of Trainer (TOT) Penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) pada 26-28 Julai 2023 bertempat di Bayou Lagoon Park & Resort, Melaka.

Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini telah dihadiri 29 orang peserta dari pelbagai jabatan dan agensi di Wilayah Persekutuan. Kursus ini merupakan latihan dan kemahiran kepada peserta (bakal penceramah MBKPI) dalam mengendalikan modul ini yang seterusnya akan memberi pengiktirafan kepada penceramah Kursus Praperkahwinan Islam. Kursus ini telah disampaikan oleh 6 orang penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing dalam berkongsi tips dan pengalaman menjadi penceramah yang kompeten, berdedikasi dan berkaliber.

Masjlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Majlis ini turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian KSK JAKIM, Puan Nor Hanim binti Abdul Halim dan Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK JAWI, Puan Rabihah binti Ibrahim.

TOT MBKPI 2 TOT MBKPI 3
TOT MBKPI 4 TOT MBKPI 5
TOT MBKPI 8 TOT MBKPI 6
TOT MBKPI 7 TOT MBKPI 9
TOT MBKPI 10

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel