05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KIFA MEDIUM TERBAIK MUALAF MENDALAMI ILMU ASAS BERKAITAN ISLAM

356069582 670612301549281 4622989443996836403 n

24 JUN 2023M | 5 ZULHIJAH 1444H (SABTU) – KIFA Siri 5/2023 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 24 Jun 2023 bersamaan 6 Zulhijjah 1444 Hijri.

Alhamdulillah, kehadiran 28 peserta mualaf baharu termasuk 2 pengiring berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan begitu baik. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah melalui Bro Firdaus Wong Wai Hung, Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) dan Ustaz Muhammad Aryf Zaki bin Mohd Ali, Pengetua Darul Hafizhin amat berkesan dan sesi komunikasi secara 2 hala antara penceramah bersama peserta amat baik serta memberi peluang kepada mualaf yg baru untuk menambahkan kefahaman tentang Islam. Pengalaman kedua-dua penceramah dalam hal ehwal kebajikan dan mualaf di Malaysia amat berguna kepada setiap peserta.

Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh fasilitator Guru KDH berdasarkan kumpulan peserta yang telah dibahagikan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam.

355639948 670612871549224 8527994166710468692 n 355855405 670612991549212 8297604353436567324 n
355880775 670612581549253 4400087278883007523 n 355880775 670613731549138 5235690735924555507 n
356222010 670612778215900 5745024421864161060 n 356218328 670612611549250 7682082780809004362 n
355863374 670613321549179 4807755411355282089 n 356403367 670613531549158 5472362515637389358 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel