05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KULIAH KAFI TAHUN 2023 - SIRI 4 (JAWI- IKRAM WPKL)

WhatsApp Image 2023 06 26 at 10.59.50 AM 2

24 JUN 2023M | 5 ZULHIJAH 1444H (SABTU) – Telah berlangsung Kuliah KAFI Siri 4 Tahun 2023 anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dengan kerjasama IKRAM Wilayah Persekutuan di Pejabat IKRAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Setiawangsa Business Suite, Kuala Lumpur.

Pengisian program dimulai dengan Slot Kuliah 1 yang bertajuk ‘Lambaian Baitullah, Tadabbur Ayat Al-Quran’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Sahri bin Usman, Penceramah Bebas. Beliau telah mengupas beberapa ayat daripada Al-Quran terutama dalam Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Hajj tentang pensyariatan Ibadah Haji.

Program diteruskan lagi dengan Slot Kuliah 2 daripada Ustaz Amir ‘Izzuddin bin Muhammad, Mutawwif dan Pembimbing Agama, Andalusia Travel & Tours dengan tajuk Manasik Haji.

Pada peserta diberikan penerangan tentang rukun dan syarat-syarat sah pelaksanaan Ibadah Haji serta perkara-perkara yang disunatkan ketika melakukan Ibadah Haji. ini sebagai ulangkaji kepada peserta lebih-lebih lagi kita bakal meraikan Hari Raya Haji beberapa hari sahaja lagi.

Majlis diakhiri kemuncaknya dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Turut hadir adalah Tn Hj Zainal Adnan bin Abdul Halim; YDP IKRAM Kuala Lumpur.

Diharapkan dengan program-program sebegini akan mengeratkan hubungan pihak JAWI bersama rakan-rakan strategik NGO dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat.

WhatsApp Image 2023 06 26 at 10.59.49 AM WhatsApp Image 2023 06 26 at 10.59.50 AM
WhatsApp Image 2023 06 26 at 10.59.48 AM WhatsApp Image 2023 06 26 at 10.59.53 AM
WhatsApp Image 2023 06 26 at 10.59.50 AM 1 WhatsApp Image 2023 06 26 at 10.59.49 AM 1
WhatsApp Image 2023 06 26 at 10.59.51 AM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel