05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI BERKOLABORASI DENGAN PELBAGAI PIHAK DEKATI WARGA PEMULIHAN AKHLAK SEKOLAH TUNAS BAKTI

WhatsApp Image 2023 06 19 at 9.12.41 PM 2

18 JUN 2023M | 29 ZULKAEDAH 1444H (AHAD) – Alhamdulillah, seramai 63 orang Warga Pemulihan Akhlak Sekolah Tunas Bakti telah berjaya mengikuti Program Kefahaman Remaja Islam anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI pada 16 - 18 Jun 2023. Program dengan kerjasama Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JPWPKL) diadakan khusus di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi.

Program selama 3 hari 2 malam ini merupakan salah satu usaha mendekati golongan remaja secara lebih proaktif, santai dan berhikmah dalam menerapkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Khalifah muda ini diberi pendedahan tentang bahaya HIV/AIDS yang menjadikan remaja dan belia Islam antara kelompok tertinggi dijangkiti akhir-akhir ini kerana amalan gaya hidup yang membimbangkan. Dr. Danial Izzat bin Minhat, Pegawai Perubatan bersama pasukan perubatan dari Pejabat Kesihatan Lembah Pantai telah memberi fokus tentang kesedaran dan ilmu berkaitan pencegahan dan bahaya penyakit HIV/AIDS.


Para peserta turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik minat mereka melalui slot-slot yang diatur khusus dan dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman. Antaranya, slot motivasi yang dikendalikan oleh pakar motivasi dan usahawan OKU yang tidak asing lagi iaitu En. Mohd Sukur Ibrahim bertajuk "Aku OKU Tapi Okey". Slot membina jati diri pula telah disampaikan oleh Ustaz Misron bin Ali bersama barisan fasilitator dari Unit Pembangunan Adab dan Nilai, Sektor Pendidikan Islam JPWPKL.

Mereka juga diberi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) melalui Klinik Al-Fatihah yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Shabil Muhafiz Harun, Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM bersama barisan fasilitator dari PUM. Para pelatih turut diberi pendedahan berkaitan pengurusan jenazah dan tatacara solat jenazah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Zabidin dengan dibantu oleh pasukan pengurusan jenazah JAWI serta fasilitator-fasilitator PUM.
Slot seterusnya adalah slot refleksi yang dikendalikan Ustaz Mohammad Mukhlis bin Rahim, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI bersama Cikgu Muhammad Muaz bin Mohd Fadzil, Ketua Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Sierramas Sungai Buloh.

Program 3 hari 2 malam ini turut mendapat tajaan daripada Rakan-Rakan Strategik JAWI antaranya JAWI Food Bank, QSR Brand, Gardenia dan F&N.
Program ini telah melabuhkan tirai dengan majlis perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada rakan-rakan strategik JAWI yang telah menaja keperluan program.
Diharapkan program ini dapat membantu para khalifah muda yang kini sedang dalam tempoh pemulihan di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi dalam membentuk peribadi yang kukuh dengan nilai-nilai murni kehidupan beragama seterusnya memberi sinar gemilang dalam hidup mereka kelak.

WhatsApp Image 2023 06 19 at 9.12.41 PM WhatsApp Image 2023 06 19 at 9.12.41 PM 1
WhatsApp Image 2023 06 19 at 9.12.40 PM 3 WhatsApp Image 2023 06 19 at 9.12.39 PM 1
WhatsApp Image 2023 06 19 at 9.12.40 PM 1 WhatsApp Image 2023 06 19 at 9.12.40 PM 2
WhatsApp Image 2023 06 19 at 9.12.39 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel