05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH RAMAH KE HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM UKM) ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

WhatsApp Image 2023 06 20 at 4.12.35 PM

20 JUN 2023M | 1 ZULHIJAH 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) bersama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM UKM) turun menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di HCTM UKM melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah RAMAH Siri 4.

Program Ziarah RAMAH diadakan sempena Aidil Adha 1444H bertujuan menyantuni para pesakit melalui penyampaian sumbangan barangan keperluan diri berserta sumbangan wang tunai. Serahan barangan keperluan diri telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mewakili Pengurusan Tertinggi JAWI. Manakala sumbangan wang tunai telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj Nor Mukshar Harun, Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat & Pemasaran Digital PPZ MAIWP.

Seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut melalui program dakwah ke lapangan sebagai sokongan moral kepada para pesakit. Turut bersama pada program ini ialah YBhg. Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Ketua Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

JAWI merakamkan ucapan terima kasih kepada HCTM UKM dan PPZ MAIWP, semoga kolaborasi strategik dalam pelaksanaan dakwah bil hal dan kebajikan pesakit antara JAWI, HCTM UKM dan PPZ MAIWP dapat diperluaskan lagi di masa akan datang.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, al-Tirmizi dan Imam Ahmad, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Apabila seseorang menjenguk saudaranya yang Muslim (sedang sakit), maka (seakan-akan) dia berjalan sambil memetik buah-buahan syurga sehingga dia duduk. Apabila sudah duduk, maka diturunkan kepadanya rahmat dengan deras. Apabila menjenguknya di pagi hari maka tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya agar mendapat rahmat hingga tiba waktu petang. Apabila menjenguknya di waktu petang, maka tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya agar diberi rahmat hingga waktu pagi.”

WhatsApp Image 2023 06 20 at 4.12.34 PM 1 WhatsApp Image 2023 06 20 at 4.21.49 PM
WhatsApp Image 2023 06 20 at 4.22.35 PM WhatsApp Image 2023 06 20 at 4.22.08 PM 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel