05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KECEMERLANGAN MUALAF DIRAI DALAM MAJLIS APRESIASI KELAS PENGAJIAN MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2023

WhatsApp Image 2023 06 21 at 4.11.05 PM 9

21 JUN 2023M | 2 ZULHIJAH 1444H (RABU) – Bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Mualaf Wilayah Persekutuan Tahun 2023 yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. Turut hadir, Puan Majidah binti Hj. Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru merangkap Pendaftar Mualaf Wilayah-wilayah Persekutuan dan Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah.

Majlis dimulakan dengan ceramah bertajuk 'Islam itu Indah, Istiqamah itu Payah' yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Jais Mariappan bin Abdullah, Pegawai Dakwah PERKIM Kebangsaan.

Majlis Apresiasi ini diadakan sebagai tanda penghargaan bagi meraikan para mualaf yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah sepanjang tempoh pengajian di KDH, JAWI.

Seramai 21 orang pelajar dianugerahkan kategori cemerlang dan terbaik, manakala 33 orang pelajar telah berjaya memperolehi Sijil Tamat Pengajian. Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Perempuan bagi Sesi Julai 2021 diberikan kepada Nur Munirah Trinio binti Abdullah, 59 tahun, berasal dari Filipina dan memeluk Islam pada 25 Oktober 1990. Bagi Sesi Januari 2022, Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Lelaki diberikan kepada Muhammad Sugumaran bin Rajagopal, 39 tahun, berbangsa India dan memeluk Islam pada 10 Mac 2005. Manakala bagi kategori perempuan diberikan kepada Nur Marilyn Tasius, 28 tahun berbangsa Kadazan Dusun yang memeluk Islam pada 18 Mac 2021.

Semoga Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Mualaf ini dapat menaikkan motivasi dan semangat pelajar untuk terus berusaha meningkatkan ilmu dan kefahaman dalam mendalami agama Islam di masa akan datang

WhatsApp Image 2023 06 21 at 4.11.05 PM 3 WhatsApp Image 2023 06 21 at 4.11.05 PM 8
WhatsApp Image 2023 06 21 at 4.11.05 PM 4 WhatsApp Image 2023 06 21 at 4.11.05 PM 5
WhatsApp Image 2023 06 21 at 4.11.05 PM 7 WhatsApp Image 2023 06 21 at 4.11.05 PM
WhatsApp Image 2023 06 21 at 4.12.10 PM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel