05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT SIRI 2/2023

Kelas Tafaqquh 21

14 Jun 2023 | 25 Zulkaedah 1444H (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Munakahat Siri 2/2023 kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan pada 14 Jun 2023 (Rabu) bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negara, Kuala Lumpur bermula jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Program pengajian kali ini membincangkan tajuk "Isu-isu Pernikahan Menurut Syarak" yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta mengenai mahram menurut perspektif Syarak serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya menurut Mazhab Imam Syafii.

Seramai 100 Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) telah menghadiri program ini. Sebahagian besar peserta hadir secara fizikal manakala selebihnya mengikutinya melalui aplikasi Google Meet.

Turut hadir YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan dan YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah, BPPK JAWI.

Kelas Tafaqquh 22 Kelas Tafaqquh 25
Kelas Tafaqquh 211 Kelas Tafaqquh 24
Kelas Tafaqquh 23 Kelas Tafaqquh 27
Kelas Tafaqquh 26 Kelas Tafaqquh 28
Kelas Tafaqquh 29 Kelas Tafaqquh 210

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel