05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT DAN PELEPASAN PESERTA TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN WAKIL WILAYAH PERSEKUTUAN KE MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN (MTHQK) BAGI TAHUN 1444H/ 2023M

352715710 1011034486733074 2201783415006517023 n

8 JUN 2023M | 19 ZULKAEDAH 1444H (KHAMIS) –Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Majlis Penyampaian Amanat dan Pelepasan Peserta Tilawah dan Hafazan al-Quran Wakil Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M (MTHQK) bertempat di Lobi JAWI, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Delegasi Wilayah Persekutuan ini terdiri daripada Qari dan Qariah, 6 orang peserta hafazan yang mewakili setiap kategori hafazan, 4 orang pegawai pengiring berserta 2 orang guru pembimbing.

Semua delegasi akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula pada 11 hingga 16 Jun 2023 bersamaan 22 hingga 27 Zulkaedah 1444H (Ahad hingga Jumaat) di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI mewakili Pengarah. Turut hadir semasa majlis berlangsung adalah semua Ketua-Ketua Bahagian JAWI. Tuan Haji Mohd Fadzil dalam ucapannya mengucapkan selamat maju jaya kepada para peserta dan menekankan supaya para peserta menjaga kesihatan sepanjang di sana dan membuat yang terbaik semasa persembahan. Semoga delegasi Wilayah Persekutuan diberikan kejayaan yang cemerlang pada MTHQK kali ini.

352285690 808706063715686 6272706698366357432 n 352574325 537968868355972 8075537870389265686 n
352692252 1369018033956173 8763797536760833372 n 352679426 1582626142221874 3525201785393626448 n
351463556 629841305857681 3030607409365047947 n 352259723 618690683554474 375623773911640890 n
352404679 576521634565774 1767269413485906630 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel