05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI ANJUR SEMINAR MEDIA BAHARU TAHUN 2023

WhatsApp Image 2023 06 08 at 4.15.37 PM

8 JUN 2023M | 19 ZULKAEDAH 1444H (KHAMIS) – Telah berlangsung Program Seminar Media Baharu anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Program ini diadakan di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan, FRIM, Kepong. Objektif utama program adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang penggunaan media sosial secara beretika dan berhemah.

Seramai 90 orang peserta yang terdiri dari kakitangan JPSM telah hadir ke program tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan Aluan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, JPSM, Puan Halimatusaadiah binti Ramli. Program seterusnya diisi dengan sesi ceramah yang telah disampaikankan oleh Ustaz Nik Affenddy bin Mohamad, Motivator/ Selebriti Media Sosial dengan tajuknya "Fenomena Ketagihan Media Sosial" dan Tuan Insp Shisheewady bin Ruzani daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang menyentuh berkaitan modus operandi jenayah siber.

Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadhil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Turut hadir Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah.

WhatsApp Image 2023 06 08 at 4.15.27 PM 1 WhatsApp Image 2023 06 08 at 4.26.29 PM
WhatsApp Image 2023 06 08 at 4.15.32 PM WhatsApp Image 2023 06 08 at 4.15.33 PM
WhatsApp Image 2023 06 08 at 4.15.30 PM 1 WhatsApp Image 2023 06 08 at 4.15.36 PM
WhatsApp Image 2023 06 08 at 4.15.33 PM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel