05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KIFA MEDAN TERBAIK SAUDARA BARU KITA MENDALAMI ILMU ASAS BERKAITAN ISLAM

WhatsApp Image 2023 06 11 at 8.55.26 PM 1

10 JUN 2023M | 21 ZULKAEDAH 1444H (SABTU) – KIFA Siri 4/2023 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 10 Jun 2023 bersamaan 21 Zulkaedah 1444 Hijri. 

Alhamdulillah, kehadiran 25 peserta mualaf baharu berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan begitu baik. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah melalui Us Mohammad Akmal B Abdul Aziz, Pegawai Hal Ehwal Islam dan Ustaz Mohd Nazar Bin Ibrahim amat berkesan dan sesi komunikasi secara 2 hala antara penceramah bersama peserta amat baik serta memberi peluang kepada mualaf yg baru untuk menambahkan kefahaman tentang Islam. Pengalaman kedua-dua penceramah dalam hal ehwal kebajikan dan mualaf di Malaysia amat berguna kepada setiap peserta.
 
Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh fasilitator Guru KDH berdasarkan kumpulan peserta yang telah dibahagikan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam.
WhatsApp Image 2023 06 11 at 8.55.25 PM WhatsApp Image 2023 06 11 at 8.55.26 PM
WhatsApp Image 2023 06 11 at 8.55.30 PM 2 WhatsApp Image 2023 06 11 at 8.55.30 PM 1
WhatsApp Image 2023 06 11 at 8.55.29 PM WhatsApp Image 2023 06 11 at 8.55.27 PM 2
WhatsApp Image 2023 06 11 at 8.55.27 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel