05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERDANA TAHUN 2023

349165238 784188793332663 2406695692271632605 n

24 MEI 2023M | 4 ZULKAEDAH 1444H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Perdana bertempat di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat. Kursus ini telah berlangsung pada 23 dan 23 Mei 2023. Seramai 125 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan Malaysia serta Jemaah masjid.

Kursus ini dimulakan dengan sesi ceramah yang menyentuh berkenaan adab menziarahi pesakit dan cara-cara berhadapan dengan orang yang sedang nazak yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Marngi bin Wasim. Sesi seterusnya berkaitan teori dan praktikal pengurusan jenazah dan kewajipan orang hidup terhadap orang mati meliputi tatacara mandi, kafan dan solat jenazah dengan dibantu oleh fasilitator JAWI yang berpengalaman.

Pada hari kedua 24 Mei 2023, para peserta turut didedahkan dengan amali pengurusan jenazah. Amali pengurusan jenazah dengan bimbingan oleh 8 orang fasilitator sehingga ke proses pengkebumian di Tanah Perkuburuan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Muda. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Tn. Hj. Abd Hamid bin Surip Nazir Masjid Al-Ansar, Taman Keramat dan turut dihadiri oleh Ustaz Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah.

Semoga para peserta dapat menghayati dan memahami selok belok ilmu pengurusan jenazah seterusnya dapat menjalankan tanggung jawab fadhu kifayah ini kepada masyarakat.

348636110 1888970398150114 1641612327819556594 n 349127867 1546475975879476 232229788837777701 n
349188650 769022201471315 9203411168112063695 n 349275423 594349132804740 8334667634402298688 n
347228975 1983619761980627 5891415246274671936 n 348938444 2209236292799698 3295168174278497723 n
347231276 1630539497372421 6390114794999302068 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel