05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH RAMAH KE PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM) ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

345883014 160114417023966 3315070236214046651 n

10 MEI 2023M | 19 SYAWAL 1444H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) turun menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di PPUM melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah RAMAH Siri 2.

Program Ziarah RAMAH diadakan sempena Aidil Fitri 1444H bertujuan menyantuni dan menyampaikan sumbangan melalui pemberian barangan keperluan diri berserta sumbangan wang tunai kepada para pesakit. Serahan barangan keperluan diri telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mewakili YBhg. Datuk Pengarah JAWI. Manakala sumbangan wang tunai telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Idham bin Mohamed Yunus, Pengurus Negeri (YaPIEM) Wilayah Persekutuan. Seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut. Semoga dengan aktiviti dakwah ke lapangan seumpama ini dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit.

Turut bersama pada program ini ialah Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal) PPUM, Prof. Dr. Mohd Zulkiflee bin Abu Bakar. JAWI merakamkan terima kasih kepada PPUM dan YaPEIM, semoga kolaborasi strategik dalam pelaksanaan dakwah bil hal antara JAWI dan YaPIEM dapat diperluaskan lagi di masa akan datang.

345592094 543287438020050 75867767203 345596672 644363844372319 29221133450
346258720 1271282483480308 3185017153 345883014 160114417023966 3315070236214046651 n
346260781 1072647183585172 7779034080

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel