05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:16
Zohor
16:42
Asar
19:25
Maghrib
20:41
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI ANJUR BENGKEL PENGHASILAN KANDUNGAN DAKWAH DI MEDIA SOSIAL

346649293 568821888454541 2007064872969333315 n

11 MEI 2023M | 20 SYAWAL 1444H (KHAMIS) – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Media Baharu, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam telah melaksanakan Bengkel Penghasilan Kandungan Dakwah di Media Sosial bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur. Bengkel ini dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Penceramah undangan adalah orang yang tidak asing lagi di Media Sosial iaitu Ustaz Ahmad Fuad bin Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da'i Fuad. Beliau berjaya menarik minat peserta dan memberi input-input menarik berkaitan content yang sesuai untuk berdakwah dalam media sosial kepada semua lapisan umur dan pelbagai info untuk menambah baik dakwah di Media Sosial.

Hari kedua pula peserta didedahkan ilmu berkaitan penghasilan video yang menarik yang disampaikan oleh penceramah, Cikgu Dzulfakar Hashim dari Kerabat Digital Sdn. Bhd. Alhamdulillah, diharapkan bengkel ini dapat menambah kefahaman dan minat serta kreativiti pegawai dan kakitangan JAWI untuk berkarya sekaligus dapat menghasilkan karya dakwah di Media Sosial dengan pengisian yang menarik serta berjaya menjadi tular di kalangan masyarakat serta memberi manfaat yang berpanjangan.

346471665 1409200856505064 4042159810135630642 n 346272297 937825964006065 3068482205147336036 n
346472131 1007513230656128 4090293349546325689 n 345609903 923066645690067 4462792774305945875 n
345616188 1021505159229985 6649225901480029763 n 346462442 573923431253068 1420549450969326788 n
346593597 244870458091349 1555070366810268874 n 346649293 568821888454541 2007064872969333315 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel