05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:37
Asar
19:21
Maghrib
20:36
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH RAMAH KE HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

347118328 595273342701774 4386064416447216549 n

17 MEI 2023M | 26 SYAWAL 1444H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Hospital Kuala Lumpur (HKL) turun menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di HKL melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah RAMAH Siri 3.

Program Ziarah RAMAH diadakan sempena Aidil Fitri 1444H bertujuan menyantuni dan menyampaikan sumbangan melalui pemberian barangan keperluan diri berserta sumbangan wang tunai kepada para pesakit. Serahan barangan keperluan diri telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mewakili Pengurusan Tertinggi JAWI. Manakala sumbangan wang tunai telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Idham bin Mohamed Yunus, Pengurus Negeri (YaPIEM) Wilayah Persekutuan. Seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut. Semoga dengan aktiviti dakwah ke lapangan seumpama ini dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit.

Turut bersama pada program ini ialah Ketua Jabatan Institut Radioterapi dan Onkologi HKL, YBrs. Dr. Ros Suzanna binti Ahmad Bustamam. JAWI merakamkan terima kasih kepada HKL dan YaPEIM, semoga kolaborasi strategik dalam pelaksanaan dakwah bil hal dan Kebajikan pesakit antara JAWI, HKL dan YaPIEM dapat diperluaskan lagi di masa akan datang.

347107623 630238599122541 2056900565032412705 n 347560125 551203153619777 7512579165382112635 n
347118328 595273342701774 4386064416447216549 n 347083348 269660198921926 5271396532978255676 n
347792015 3599647573654504 3618422333317796819 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel