05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM KELAS TAFAQQUH WANITA SIRI 2 BAGI TAHUN 2023

336534286 590568069670121 5458104100838091518 n 1

14 APRIL 2023M | 23 RAMADAN 1444H (JUMAAT) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Surau Al-Muhajirin dan Puspanita Cawangan Kecil JAWI telah menganjurkan Program Kelas Tafaqquh Wanita Siri 2 Bagi Tahun 2023. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman agama kepada wanita berkaitan persoalan fiqh khususnya isu-isu yang timbul dalam bulan Ramadan.

Kuliah disampaikan oleh Ustazah Muzayyanah binti Abdullah dengan tajuk Amalan Wanita Haid pada Bulan Ramadan. Seramai 30 orang pegawai & kaki tangan wanita JAWI telah terlibat dalam menjayakan program ini. Tiada istilah rugi bagi wanita sungguh pun tidak dapat melengkapkan puasa sebulan di bulan Ramadan. Sentiasa ada peluang untuk para wanita merebut dan meraih ganjaran pada bulan yang penuh keberkatan ini umpamanya menyediakan makan minum untuk berbuka buat ahli keluarga, bersedekah, memperbanyakkan zikir dan berdoa.

Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi nilai tambah kepada peserta dalam memantapkan ilmu agama.

336549299 1415643452515109 7896603397177201356 n 336532503 910710916883183 417839771929243842 n
341137529 259346789864058 474110872395144956 n 336645831 112880181777575 6402169166578273508 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel