05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KUNJUNGAN HORMAT JAWI KE JPN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Lawatan JPN 1

23 Februari 2023 | 2 Syaaban 1444H (Khamis) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wilayah Persekutan Kuala Lumpur. Seramai 13 wakil delegasi JAWI terlibat dalam kunjungan hormat ini diketuai oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI.

Delegasi turut disertai oleh Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) BPPK; Puan Khatijah binti Abd Rahman, KPPK Bahagian Pengurusan Dakwah; Ustaz Mohd Sukri bin Abd Ghani, KPPK JAWI Cawangan Putrajaya serta pegawai-pegawai dan kakitangan JAWI. Kehadiran delegasi JAWI telah disambut baik oleh YBrs. Encik Kamarul Ikram bin Sidek, Timbalan Pengarah JPN Wilayah Persekutan Kuala Lumpur serta pegawai dan kakitangan jabatan tersebut. 

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mendapatkan perkongsian maklumat serta menjalinkan kerjasama dua hala antara dua agensi. Pelbagai isu yang melibatkan kedua-dua belah pihak telah diperbincangkan antaranya permohonan berkahwin antara warganegara dan bukan warganegara yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, pendaftaran kelahiran anak bagi ibu bapa yang tidak mempunyai sijil nikah, carian maklumat dalam Daftar Perkahwinan dan Perceraian JPN, penggunaan alat pembaca biometrik (Biometric Card Reader) MyKad/MyKid, semakan status mualaf yang membuat pindaan nama, semakan status kelahiran anak, penggunaan Kad Akuan Masuk Islam bagi  urusan berkaitan hal ehwal Islam dan sebagainya.

Kunjungan hormat diakhiri dengan sesi lawatan ke Bahagian Perkahwinan dan Penceraian JPN Wilayah Persekutan Kuala Lumpur di mana ahli delegasi berpeluang untuk melihat upacara perkahwinan orang bukan Islam yang berlangsung di JPN.

Lawatan JPN 2 Lawatan JPN 3
Lawatan JPN 4 Lawatan JPN 5
Lawatan JPN 6 Lawatan JPN 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel