05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MESYUARAT PENYELARASAN ISU DAN PROSEDUR PERKAHWINAN WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN

Mesyuarat Penyelarasan 1

20 Mac 2023 | 27 Syaaban 1444H (Isnin) – Mesyuarat Penyelarasan Isu dan Prosedur Perkahwinan Wilayah-Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 20 Mac 2023 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat JAWI Labuan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam (KPNCR) Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Mesyuarat melibatkan beberapa agensi di Labuan seperti JAWI Labuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaraskan isu-isu dan prosedur-prosedur perkahwinan yang berkait dengan agensi-agensi berkenaan.

Mesyuarat Penyelarasan 2 Mesyuarat Penyelarasan 8
Mesyuarat Penyelarasan 3 Mesyuarat Penyelarasan 4
Mesyuarat Penyelarasan 5 Mesyuarat Penyelarasan 6
Mesyuarat Penyelarasan 7 Mesyuarat Penyelarasan 9

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel