06:08
06:18
01:30
04:51
07:29
08:40

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN KERJA BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, JHEAINS KE JAWI

Lawatan JHEAINS 1

17 Januari 2023 | 24 Jamadilakhir 1444H (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima kunjungan dari Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bagi sesi lawatan kerja ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI pada 17 Januari 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 3, BPPK, JAWI Kuala Lumpur.

Delegasi JHEAINS diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Asri bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, JHEAINS merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Negeri Sembilan. Lawatan turut disertai oleh sembilan orang pegawai dan kakitangan Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, JHEAINS.

Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk memperoleh informasi serta perkongsian pengalaman dalam pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ (NCR) khususnya berkaitan perekodan dokumen NCR, penyimpanan fail NCR serta pengeluaran kad perakuan nikah kepada pasangan yang telah berkahwin.

Kehadiran delegasi serta kesudian mereka berkunjung ke BPPK amat dialu-alukan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim merangkap KPNCR Wilayah Persekutuan bersama pegawai-pegawai BPPK yang lain. Beliau berharap sesi lawatan seumpama ini menjadi platform terbaik dalam berkongsi maklumat, kepakaran, pengalaman, jalinan kerjasama strategik seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di negara ini.

Majlis dimulakan dengan sesi taaruf, taklimat, perbincangan dan soal jawab. Pelbagai isu dan topik berkaitan NCR dan pembangunan keluarga Islam telah diperbincangkan antaranya, prosedur permohonan kebenaran berkahwin, pendaftaran nikah, cerai dan ruju’, wali hakim, wakalah wali, kursus praperkahwinan Islam, jurunikah, runding cara kekeluargaan, Pusat Khidmat Keluarga Sosial dan Komuniti (PKKSK), data dan rekod, penyimpanan dan pendigitalan dokumen NCR dan sebagainya.

Para delegasi kemudian dibawa melawat kaunter NCR dan Runding Cara (RC) BPPK bagi melihat proses permohonan kebenaran berkahwin, pengeluaran kad nikah, runding cara kekeluargaan serta perkhidmatan lain yang disediakan oleh BPPK kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Lawatan JHEAINS 2 2 Lawatan JHEAINS 3 2
Lawatan JHEAINS 4 Lawatan JHEAINS 9
Lawatan JHEAINS 5 Lawatan JHEAINS 6
Lawatan JHEAINS 7 Lawatan JHEAINS 8
Lawatan JHEAINS 10 2 Lawatan JHEAINS 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel