05:42
05:52
01:05
04:27
07:02
08:16

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PERASMIAN KELAS PENGAJIAN MUALAF DI MASJID-MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

314455500 540681684542344 9106345154357965550 n

11 NOVEMBER 2022M | 16 RABIULAKHIR 1444H (JUMAAT) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Majlis Perasmian Kelas Pengajian Mualaf di Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan bertempat di Masjid al-Imam al-Ghazali, Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur. Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah mewakili YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

Sehingga November 2022, sebanyak lima (5) buah masjid telah melaksanakan Kelas Pengajian Mualaf iaitu Masjid al-Imam al-Ghazali Bandar Menjalara, Masjid Amaniah Kepong, Masjid al-Muqarrabin, Masjid Usamah bin Zaid dan Masjid ar-Rahman. Manakala tiga (3) buah lagi masjid iaitu Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Salahuddin al-Ayyubi dan Masjid Imam as-Syafii Taman Maluri akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Objektif penubuhan Kelas Pengajian Mualaf di masjid-masjid adalah untuk menyebarluas fungsi masjid kepada masyarakat termasuk golongan mualaf yang mana fungsi ini juga terkandung dalam Pelan Pengimarahan Masjid. Selain itu, ini akan memudahkan golongan mualaf mendapatkan pengetahuan dan ilmu asas tentang agama Islam berdekatan dengan tempat tinggal sekaligus dapat mengurangkan kadar keciciran golongan mualaf dalam mengikuti kelas pengajian Islam. Manakala, bagi mualaf yang berkemampuan, mereka dapat menyalurkan bantuan dari sudut kewangan atau barangan keperluan harian kepada pihak masjid untuk diagihkan tanpa rasa ragu.

Majlis pada hari ini dimulakan dengan ceramah bertajuk “Istiqamah dalam Perjalanan Menuju Allah” yang disampaikan oleh Encik Mohd Abd. Nasir bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, diikuti dengan Majlis Perasmian Kelas Pengajian Mualaf di Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Pegawai Tadbir Agama Zon (PTAZ) bagi 8 masjid terlibat telah dijemput menerima bunting dan banner sebagai bahan hebahan bagi pelaksanaan kelas pengajian mualaf di masjid ini.

Semoga kelas ini kekal menjadi medan untuk memberi pendedahan awal tentang asas-asas ilmu Fardhu Ain kepada mualaf sebagai permulaan untuk jejak-jejak ilmu selepas ini.

314472750 540681574542355 4267262731456490828 n 314499489 540681647875681 6929747593418987727 n
315204096 540681624542350 9041242958250662242 n 314928979 540681834542329 6341159394968370729 n
314437454 540681864542326 6053042842613810216 n 315426360 540681717875674 3378564622803829732 n

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel