05:42
05:52
01:05
04:27
07:02
08:16

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN PEMERHATIAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Pemerhatian Kes 7

28 September 2022 | 1 Rabiulawal 1444H (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan program lawatan pemerhatian kes di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL) pada 28 September 2022. Sembilan orang pegawai dan kakitangan BPPK telah menyertai lawatan ini dengan diketuai oleh YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK.

Lawatan diadakan bertujuan untuk mendapatkan informasi dan maklumat mengenai prosedur Mahkamah Syariah melalui pemerhatian perbicaraan kes yang berlangsung di MSWPKL kerana ia berkait dengan proses kerja yang dijalankan di BPPK. Kehadiran peserta lawatan telah disambut baik oleh YAA Haji Mohd Asri bin Haji Tahir, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Turut hadir YBrs. Tuan Akmalludin bin Ilyas, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dan YBrs. Tuan Rosdi bin Hanapi, Pendaftar MSWPKL.

Program dimulakan dengan sesi perbincangan antara JAWI dan MSWPKL bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5 MSWPKL. Pelbagai isu telah diperbincangkan antaranya berkaitan Jawatankuasa Pendamai, permohonan wali hakim, permohonan cerai, pembubaran perkahwinan dan lain-lain kes di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303]. Para peserta kemudian dibawa ke Dewan Perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah bagi melihat sendiri kes-kes yang sedang dibicarakan.

Diharapkan lawatan ini memberi manfaat kepada para peserta dalam mempertingkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan khususnya dalam mengendalikan kes-kes berkaitan urusan nikah, cerai dan rujuk serta hal ehwal kekeluargaan Islam yang lain. Semoga kerjasama strategik antara JAWI dan MSWP akan mengeratkan lagi jalinan ukhuwwah antara kedua-dua agensi seterusnya memberi impak positif kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan seluruhnya.

Pemerhatian Kes 1 Pemerhatian Kes 2
Pemerhatian Kes 4
Pemerhatian Kes 5 Pemerhatian Kes 3
Pemerhatian Kes 6

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel