05:42
05:52
01:05
04:27
07:02
08:16

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR SIFAR HIV

308842593 505300678080445 8256153625748192630 n

25 SEPTEMBER 2022M | 28 SAFAR 1444H (AHAD) –Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah meneruskan program informasi dakwah melalui penganjuran Seminar Sifar HIV bertempat di Dewan Utama Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq (MSABA), Bangsar, Kuala Lumpur. Program diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa MSABA. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada remaja-remaja di sekitar Kariah masjid.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi kefahaman yang sebenar tentang bahaya HIV serta memberi kesedaran kepada para remaja kepentingan memupuk akhlak dan menyemai harga diri yang tinggi dalam membentuk hala tuju yang akan menjadi pegangan hidup di samping dapat melahirkan generasi yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Program dimulakan dengan slot Ceramah Motivasi bertajuk "Pemuda Naungan Ilahi" dan diteruskan dengan slot Perkongsian Pengalaman "Ibrah Di Sebalik Kehidupan Jalanan" . Kedua-dua slot ceramah tersebut disampaikan oleh oleh Encik Mohd Helmi bin Ab Ghani, Sukarelawan Yayasan Amal Malaysia yang berpengalaman menjalankan program-program amal dalam menyantuni golongan-golongan rentan.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

308689454 505300718080441 9049606032455308713 n 308739144 505300764747103 8669683422889554895 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel