05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MINGGU ORIENTASI KELAS PENGAJIAN MUALAF SESI JULAI 2022

291488003 453318839945296 3777653000123539249 n

06 JULAI 2022M | 06 ZULHIJAH 1443H (RABU) - Bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar Kompleks Darul Hidayah, telah berlangsung Majlis Penutup Minggu Orientasi Kelas Pengajian Mualaf Sesi Julai 2022. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Mahfuzah binti Zohdi, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Manakala pada 5 Julai 2022 sesi pendaftaran melibatkan 50 orang pelajar baru telah dilaksanakan diikuti dengan sesi temuduga oleh tenaga pengajar bagi menentukan tahap penguasaan pelajar melalui bacaan Iqra' dan Al-Quran. Seterusnya, sesi penyampaian taklimat pengajian oleh Puan Marriyani binti Mohamad, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengajian dan Pentadbiran KDH dan taklimat disiplin oleh Encik Tengku Ahmad Akmal Hamdi bin Tuan Yacob, Guru Disiplin dan Kaunseling KDH melibatkan hampir 100 orang pelajar terdiri daripada kelas pengajian tahap asas, pertengahan dan lanjutan.

JAWI mengharapkan agar pelajar dapat terus istiqamah untuk hadir ke kelas, menuntut ilmu serta mengamalkan apa yang dipelajari serta diperolehi kelak.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

291144306 453319009945279 3340232924487574171 n 291674563 453318879945292 3365771662270023320 n
292150058 453319056611941 1783573200470170228 n 292245367 453318973278616 7362616461387216864 n
292010210 453318943278619 4755690059162572248 n         
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel