05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR KELUARGA BAHAGIA

Seminar Keluarga Bahagia

6 Julai 2022 | 6 Zulhijah 1443H (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Seminar Keluarga Bahagia bertempat di Dewan Kuliah 2, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM, Kuala Lumpur.

Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk memberi penerangan tentang peranan setiap individu dalam sesebuah keluarga sebagai satu institusi di samping memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kewajipan dan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak khususnya dalam perhubungan kekeluargaan bagi melahirkan keluarga yang sejahtera.

Ceramah bertajuk “Kemahiran Keibubapaan: Cabaran Mendidik Anak Masa Kini” telah disampaikan oleh YBrs. Puan Normaliza binti Mahadi, Kaunselor Keluarga dan Perkahwinan. Manakala ceramah bertajuk “Konsep Perkahwinan Menurut Perspektif Islam dan Akta Kekeluargaan Islam” telah disampaikan oleh YBrs. Puan Nor Asniah binti Mohd Noh, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI dan turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr. Rohaizak bin Mohamad, Ketua Pusat Islam UKM Kampus Kuala Lumpur merangkap Timbalan Pengarah 2 Pusat Islam UKM.

Seramai 80 peserta telah menghadiri seminar ini terdiri daripada dalam kalangan pegawai dan kakitangan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Seminar Keluarga Bahagia 2 Seminar Keluarga Bahagia 3
Seminar Keluarga Bahagia 4 Seminar Keluarga Bahagia 5
Seminar Keluarga Bahagia 6 Seminar Keluarga Bahagia 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel