05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MUALAF KONSISTEN DIBIMBING DAN DIBANTU MELALUI KIFA 6

291920367 451005243509989 295700519181614331 n

02 JULAI 2022M | 02 ZULHIJAH 1443H (SABTU) - KIFA Siri 6/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 2 Julai 2022 bersamaan 2 Zulhijjah 1443 Hijri. Alhamdulillah, kehadiran seramai 26 orang peserta mualaf berjaya menarik minat dan maklumbalas yang positif dan komitmen yang ditunjukkan amat positif. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah di sebelah pagi melalui Al Fadhil Ustaz Azhar Tuarno dan Al Fadhil Ustaz Mohd Akmal Abdul Aziz sebelah pagi amat baik dan sesi komunikasi 2 hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan.

Sesi amali dan praktikal KIFA diteruskan pada sebelah petang dikendalikan oleh fasilitator Guru KDH kepada peserta mualaf. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk memahami aspek ibadah yang asas berkaitan wuduk dan solat.

Majlis penutupan istimewa telah dijalankan pada sesi terakhir dengan ucapan aluan daripada Ustazah Maizura binti Shamsudin dan ucapan perasmian penutup oleh Ustazah Khatijah binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPD JAWI yang baharu.Alhamdulillah.Ucapan dan amanat terakhir oleh Ustazah Maizura merangkap Pendaftar Mualaf serta KPPK BPD amat terkesan kepada setiap peserta dan semoga ianya menjadi pendorong kepada peserta untuk terus menuntut ilmu dan memahami amal ibadah di dalam Islam. Para peserta diraikan dengan sesi penyerahan sijil dan gambar bersama urus setia dan fasilitator kursus.
InsyaaAllah, KIFA Siri 7 akan dilaksanakan pada 23 Julai 2022.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

291707028 451005723509941 8078453118207417235 n 292043953 451005853509928 8339564469574183564 n
291925252 451005883509925 1820444718975115498 n 292129944 451005686843278 809253719754428604 n
291881428 451005273509986 5861197894194155434 n 1 291969877 451005960176584 3751958876641482574 n
291937714 451005916843255 2905213101815850041 n         
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel