PROGRAM TAKLIMAT ASAS DAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT LANTIKAN PPNCR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PPNCR 2 1

28 Oktober 2021 (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan program Taklimat Asas dan Majlis Penyerahan Surat Lantikan Penolong-Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPNCR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dewan Syura Wawasan, Tingkat 2, JAWI. Majlis ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI.

Seramai 14 orang telah menerima surat makluman pelantikan ini yang disampaikan oleh YBrs. TPO diiringi oleh YBrs. Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (KPNCR) Wilayah-Wilayah Persekutuan, iaitu:

1. Us. Norizan @ Norazman bin Abd Ghani, Masjid Abu Hurairah

2. Us. Ahmad Faidhul Irfan bin Ahmad Mustaffa Kamal, Masjid Al-Firdaus

3. Us. Ahmad Ammar Muzakir bin Ahmad Hadiri, Masjid Al-Muqarrabin

4. Us. Muhammad Amin Firdaus bin Sabudin, Masjid Al-Khadijiah

5. Us. Wan Abdul Halim bin Md Yusoff, Masjid Saidina Othman Ibn Affan

6. Us. Wan Mohamad Amzar Fitri bin Wan Mohd Azlan, Masjid Bukit Aman

7. Us. Muhammad Rashidi bin Ab Hamid, Masjid Ar-Rahman

8. Us. Abd Latif bin Ismail, Masjid Al-Imam Al-Tirmizi

9. Us. Mohamad Talhah bin Alimin, Masjid Al-Ikhlasiah

10. Us. Mohd Noruddin bin Naluwi, Masjid Jamek Alam Shah

11. Us. Muhammad Amirul bin Ismail, Masjid Al-Khadijiah

12. Us. Nik Muhammad Fadlan bin Nik Mahmood, Masjid Talhah bin Ubaidillah

13. Us. Muhd.Fadhli bin Harun, Masjid Saidina Othman Ibn Affan

14. Us Syazwan Izham bin Jamen, Masjid Jameul Ehsan

YBrs. TPO dalam ucapannya telah memberi amanat kepada PPNCR baharu dengan menyatakan lantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sewajarnya untuk masyarakat Islam dalam urusan nikah, cerai dan ruju’. Beliau juga menyatakan PPNCR adalah wakil JAWI bertindak sebagai pemudahcara kepada masyarakat Islam di kariah masjid masing-masing dengan mengambil kira prosedur dan peraturan yang ditetapkan serta menepati syariat dalam urusan tersebut. Justeru, beliau mengharapkan para penerima surat lantikan ini dapat memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Jabatan ini merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua PPNCR baharu atas pelantikan ini dan mengucapkan selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

PPNCR 2 2 PPNCR 2 2
PPNCR 2 2 PPNCR 2 2
PPNCR 2 2 PPNCR 2 2
PPNCR 2 2 PPNCR 2 9

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel