SEMINAR KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN TAHUN 2021

Seminar Ibubapa 1

5 Oktober 2021 (Selasa) – Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kewajipan dan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak juga dapat meningkatkan kemahiran keibubapaan merupakan matlamat utama penganjuran Seminar Kemahiran Keibubapaan pada kali ini.

Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran Unit Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama Radio JAWI.

Program yang diadakan pada kali ini secara atas talian melalui aplikasi Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Radio JAWI. Seramai sekitar 130-140 orang peserta yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat yang mengikuti program tersebut.

Antara pengisian program ialah penceramah mengupas topik yang bertajuk “Ibu Bapa Prihatin, Keluarga Cemerlang" yang disampaikan oleh YBhg. Prof Madya Ts Dr. Mohd Nor Mamat, Ketua Pusat Pengajian UiTM (Pendidikan & Pengajian Islam). Program ini juga dikendalikan oleh moderator Radio JAWI iaitu Ustaz Kamal Amir bin Osman yang dikenali dengan DJ KAAFF.

Program ini banyak dikongsikan tip-tip kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak di era masa kini. Semoga dengan ilmu yang disampaikan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang mendengarnya.

Seminar Ibubapa 2
Seminar Ibubapa 3 Seminar Ibubapa 4
Seminar Ibubapa 5 Seminar Ibubapa 6
Seminar Ibubapa 7 Seminar Ibubapa 8
Seminar Ibubapa 9 Seminar Ibubapa 10

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel