05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MUALAF BARU DAN LAMA KONSISTEN MENUNTUT ILMU MELALUI KIFA 7

229589812 4409760115749466 2456654627633550325 n

07 OGOS 2021M | 28 ZULHIJJAH 1442H (ISNIN) - Pada hari Sabtu, 7 Ogos 2021, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekali lagi telah berjaya menganjurkan Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Siri ke-7 yang disertai seramai 60 peserta secara atas talian. Program yang dipengerusikan oleh Ustaz Abuzar bin Zainuddin, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan dan Pengukuhan Akidah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Ustazah Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Ceramah bagi Slot Pertama bertajuk "Selamat Kembali Kepada Fitrah"; telah disempurnakan secara santai dan jelas melalui pengkongsian yang dekat dengan hati para peserta oleh Bro Shah Kirit Kakulal Govindji dari Unity Global. Peserta kursus memberi respon yang amat baik sepanjang slot pertama berlangsung dan KIFA Siri 7 berhenti rehat seketika tepat jam 10:30 pagi bagi memberi laluan untuk merehatkan minda.

Slot kedua ceramah, bermula jam 10:45 pagi dan disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Rahimi Bin P. Ramlee, Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Beliau membentangkan tajuk : "Suci dan Solat" pada slot ini. Penceramah menggunakan paparan slaid berkaitan cara-cara bersuci, berwuduk, mandi wajib dan peserta kursus diberi kebebasan untuk mengajukan soalan. Alhamdulillah, peserta menunjuk minat dan mendapat banyak kefahaman ketika sesi ini. KIFA Siri 7 pada kali ditangguhkan tepat jam 1:20 tengah hari.

 Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
217399553 4409760539082757 7651925501292331981 n 219758837 4409760229082788 8463059373008785436 n
223430082 4409760652416079 5885492164144847352 n 228807316 4409759992416145 511068604930719030 n
228952899 4409759782416166 4165495223310083601 n 231501199 4409759689082842 5433935806358225049 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel