05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM SKUAD ROHANI " PENGURUSAN JENAZAH NORMA BAHARU"

PROGRAM SKUAD ROHANI " PENGURUSAN JENAZAH NORMA BAHARU"
26 Sept 2020, Sabtu, Putrajaya – JAWI dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Program Skuad Rohani "Pengurusan Jenazah Norma Baharu" bertempat di Surau Al Furqan, Presint 11, Putrajaya.
Program ini telah disertai 53 orang peserta yang terdiri daripada Skuad Anti Dadah AADK Putrajaya dan JAWI Putrajaya. Objektif program ini diadakan adalah memberi pendedahan mengenai kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah, menambah ilmu pengetahuan peserta agar lebih bersedia dalam memberi khidmat terakhir kepada waris atau umat Islam sejurus kematian dan sebagai bentuk persediaan menghadapi dan menguruskan kematian.
Program yang bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 2.00 petang ini, dimulai dengan slot ceramah pada sesi pagi oleh penceramah pertama iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi bin Mahmud, Penolong Pengarah daripada Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI Kuala Lumpur. Sesi praktikal pula dikendalikan oleh fasilitator JAWI Kuala Lumpur yang berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan jenazah.
Sepanjang kursus berlangsung para peserta menunjukkan minat yang mendalam terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah dan fasilitator. Kursus ini diakhiri dengan penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta dan Cenderamata kepada fasilitator yang terlibat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Ahmad Faisal bin Talib, pengerusi Surau Al Furqan.

Cetak   Emel