05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERDANA & FIQH KEMATIAN ANJURAN MINDEF DENGAN KERJASAMA JAWI

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERDANA & FIQH KEMATIAN ANJURAN MINDEF DENGAN KERJASAMA JAWI
30 September 2020M|12 SAFAR 1442H- Alhamdulillah pada 29 & 30 September 2020, Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam telah berkerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef)mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Perdana yang disertai seramai 200 peserta yang terdiri daripada pegawai Mindef dan ahli kariah masjid zon 4 di Wilayah Persekutuan.
Kursus yang bermula pada 29 September 2020 (Rabu) telah dimulakan dengan sesi ceramah yang menyentuh berkenaan adab menziarahi pesakit sert cara-cara berhadapan dengan orang yang sedang nazak dan sampaikan oleh Us. Mohd Hafiz bin Zabidin, Penolong Pengawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Kemudian kursus ini disusuli dengan slot seterusnya berkenaan kewajipan orang hidup terhadap orang mati.
Pada hari kedua 30 September 2020, para peserta melalui sesi amali yang melibatkan 3 jenazah dan 2 janin. Proses amali tersebut dilakukan di Masjid Muazd bin Jabal yang dibimbing seramai 6 orang fasilitator dan kemudiannnya jenazah tadi dibawa ke Tanah Perkuburuan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Muda untuk proses pengebumian.
Dalam sesi ini, istimewanya para peserta telah didedahkan dengan jenazah yang sebenar bagi sesi amali dengan kerjasama Unit Forensik, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semoga kursus pengurusan jenazah perdana yang dianjurkan selama dua hari ini dapat memberi manfaat yang optimum kepada para peserta yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan.

Cetak   Emel