05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM KEPIMPINAN REMAJA (BINA INSAN)

Program Kepimpinan Remaja (Bina Insan) Kerjasama Dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Di Kem Nur Bestari Eco Resort Ulu Yam.

Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 9 Oktober 2020 (Jumaat) sehingga 11 Oktober 2020 (Ahad).Tujuan program yang diadakan pada kali ini adalah untuk membina jati diri dan membentuk akhlak sahsiah yang terpuji dalam kalangan remaja berlandaskan kepada syariat Allah SWT. Program ini memberi peluang kepada remaja untuk memperbaiki diri agar dapat menjadi seorang individu yang lebih berguna kepada masyarakat, agama dan negara pada masa akan datang . Program ini telah dihadiri seramai 33 orang peserta yang merupakan dari PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur.

 

Majlis Perasmian Program Kepimpinan Remaja (Bina Insan) telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Md Razif Bin Wan , Pengarah , Agensi Antidadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2020 jam 12.00 tengah hari bertempat di Dewan Kem Nur Bestari Eco Resort Ulu Yam.

Turut hadir, Tuan Haji Muhammad Asrak Bin Mohd Osman , Timbalan Pengarah , Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dan juga Tuan Haji Che Khalek bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah Jawi.

                                        

Pengisian program ini diterapkan dengan motivasi dan kata-kata semangat daripada ramai penceramah yang bertauliah. Antara penceramah tersebut ialah Ustaz Mohamed Hanapiah Bin Abdul Malek, beliau seorang penceramah bebas yang terkenal di media sosial. Kesan daripada pelaksanaan program ini, ramai peserta sudah merasa insaf dan ingin berubah menjadi insan yang lebih berguna di masa akan datang. Bahkan ada pelajar yang memohon untuk melanjutkan tempoh program sehingga seminggu dan ada peserta yang ingin terlibat lagi dengan program kepimpinan sebegini.


Cetak   Emel