05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) BERSEMPENA MAULIDUL RASUL DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)

PROGRAM ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) BERSEMPENA MAULIDUL RASUL DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
Pada 27 Oktober 2020M |10 RABIUL AWAL 1442H (Selasa) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui anjuran bersama Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dan Bahagian Pengurusan Masjid telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH Bersempena Maulidul Rasul di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan/ ziarah pesakit daripada pihak luar, JAWI telah mengambil inisiatif melaksanakan program tanpa melibatkan pesakit.
         
Serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/ wad bersama pihak JAWI sahaja. Program ziarah RAMAH kali ini melibatkan 50 orang pesakit daripada Wad 13 Surgikal HKL. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk menyantuni pesakit dan berkongsi rezeki serta menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW bersempena Hari Maulidul Rasul yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Simbolik serahan sumbangan barangan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi (JAWI). Manakala, simbolik pemberian sumbangan tunai untuk pesakit disampaikan oleh YBrs. Encik Muhamad Jalani bin Ahmad, Ketua Imam dari Masjid Amru daripada zon 2.
 
Turut hadir, YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Dr. Rosilawati binti Jaudin, Timbalan Pengarah Sokongan Klinikal, Dr. Fairuz Azlin, Timbalan Pengarah Pembedahan, Puan Norazah binti Mohd Azha dan Ketua Komunikasi  Korporat HKL.
           
 
Disediakan oleh:
Unit Kebajikan Islam
Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Cetak   Emel