21 Oktober 2017 (Sabtu) - Masjid Ar-Rahah dengan kerjasama Imtiyaz Travel & Tour telah menganjurkan Kursus Umrah Mabrurah. Seramai 77 peserta telah menghadiri kursus ini. Sesi teori & simulasi telah dijalankan oleh para pegawai daripada Imtiyaz Travel & Tour. Kursus bermula seawal 9 pagi ini tamat pada jam 2 petang. Melalui kursus ini para peserta telah dibekalkan dengan teori dan praktikal berkaitan ibadah umrah bagi memudahkan para peserta melaksanakan ibadah berkenaan di Tanah Suci.
Disediakan oleh : Pentadbiran Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Kuala Lumpur & Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.
|
Jumlah paparan: 2092