ULAMAK MEMBAWA RAHMAT @ SUNGAI MULIA
Program Bicara Mufti Siri 4/2017 telah diadakan dengan jayanya bertempat di ruang solat Masjid Zaid Bin Haritsah dengan kehadiran jemaah seramai 300 orang. SS Datuk menyampaikan tazkirah bertajukIbrah Peristiwa Israk Mikraj.Antara intipati ceramah S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ialah beliau menasihati supaya menjaga solat dan hati kerana dengan solat dapat membersihkan hati. Hati yang bersih dapat menghadirkan rasa khusyuk dalam beribadah serta mendapat ketenangan dalam kehidupan. Majlis diakhiri dengan Perasmian Kepuk Rezeki Masjid Zaid Bin Haritsah untuk golongan asnaf yang memerlukan. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.
|