05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Forum Magnet Hijrah : Istiqamah atau Rebah di Masjid Ar-Rahah

   mar4  
 

07 Oktober 2016 (Jumaat), Bangsar South – Sempena Sambutan Maal Hijrah 1438, pihak Masjid Ar Rahah telah menganjurkan Forum Khas yang bertajuk Magnet Hijrah : Istiqamah atau Rebah yang diadakan di Dewan Solat, Masjid Ar Rahah, Bangsar South, Kuala Lumpur.

Forum yang diadakan selepas solat Maghrib itu membariskan tiga selebriti dakwah terkenal sebagai moderator dan panelis. Tuan Amin Idris yang merupakan penceramah motivasi dan pengacara televisyen terkenal dijemput sebagai Moderator. Manakala panelis terdiri daripada Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang yang merupakan selebriti dakwah terkenal dan Puan Diana Amir yang merupakan seorang selebriti terkenal dan ikon hijrah khususnya di kalangan remaja di Malaysia.

Kehadiran para jemaah dan tetamu dianggarkan seramai lebih 350 orang dan program-program ilmu sebegini akan terus dianjurkan oleh pihak masjid di masa akan datang.

 
     
mar1  mar2  mar3 
     

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel