05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MASJID BANGSAR JUARA KESELURUHAN KARNIVAL MINI SUKAN

msaba2

1 Muharram 1438H bersamaan 2 Oktober 2016 Ahad, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan Karnival Mini Sukan sempena awal Muharram 1438H, Karnival sukan tersebut bermula jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang dengan disertai oleh 7 buah Surau dan Surau Jumaat di bawah Kariah Masjid Bangsar antaranya Surau Apartmen Putra Ria,Surau Al-Hidayah,Surau At-Taqwa,Surau Abdullah Hukum, Surau Hijrah, Surau Nurul Huda dan Masjid Bangsar sebagai Tuan Rumah.

Di antara permainan yang dipertandingkan ialah, Ping Pong, Memanah, Sepak Raga, Batu Seremban dan permainan Congkak. Juara Keseluruhan permainan dimenangi oleh Tuan Rumah iaitu Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar. Dengan penganjuran sukan ini dapat merapatkan lagi Ukhuwwah Islamiah di antara anak-anak kariah Masjid Bangsar.

msaba3 msaba4
msaba6  msaba7

Disediakan Oleh:                                                                                                                            
Pejabat Zon 6, Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel