05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pengajian Kitab Tauhid Perdana, kitab “Aqidatul Awwam” Sempena Sambutan Ma’al Hijrah 1438

pktp

 

3 Oktober 2016 (Isnin) – Masjid Al-Hidayah,  Kg.Sg.Penchala, Kuala Lumpur (MAHSPKL), dengan Pondok Rumi Sufi Jawi, Seksyen 8 Kota Damansara menganjurkan Pengajian Kitab Tauhid Perdana, kitab “Aqidatul Awwam” sempena sambutan Ma’al Hijrah 1438 dengan tema “Ke Arah Melestarikan Aqidah Ahlussunnah wal Jama’ah”. Seramai 120 orang peserta dari kawasan Kg. Sg. Penchala dan kawasan sekitarnya telah menyertai Pengajian Kitab tersebut.Pengajian kitab ini adalah di bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Faiz Hafizuddin Al-‘Aydrus yang merupakan Mudir Pondok Rumi Sufi Jawi, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Program ini diadakan bagi memberi pengenalan kepada masyarakat dengan kitab-kitab Aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah yang sesuai dijadikan rujukan golongan awam di dalam beragama. Dan juga membari kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya mempelajari Ilmu Tauhid yang merupakan ilmu Fardhu Ain. Dalam masa yang sama, berusaha memperkemaskan lagi Aqidah Ahlussunnah wa Jama’ah yang menjadi pegangan mejoriti Ulama tanah air di dalam masyarakat terutamanya di Kg. Sg. Penchala dan kawasan setikarnya.

Program bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 4.15 petang dengan membahas secara ringkas 57 bait matan aqidah dari Kitab Aqidatul Awwam karangan Syeikh Ahmad Al-Marzuqiy (nama sebenar ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Sayyid Ramadhan al-Marzuqiy al-Hasaniy wal Husainiy al-Malikiy, al-Mishriy al-Makkiy) yang lahir sekitar tahun 1205 H di Mesir. Merupakan Mufti Mazhab Maliki di Makkah Al-Mukarramah sekitar tahun 1261 H.

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan baik seperti yang dirancang dan pihak masjid menerima maklum balas yang positif daripada para peserta. Pengajian Kitab Tauhid Perdana ini akan bersambung pada suatu masa yang bakal ditetapkan, InsyaAllah.

 

pktp1 pktp2
pktp3 pktp4
pktp5 pktp6
   
   

Disediakan Oleh:
Masjid Al-Hidayah, Sg. Penchala KL
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel