05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kontinjen ‘Merah’ JAWI Turut Sama Meriahkan Perarakan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1438H

 
mhmaeps
 
  

4 Oktober 2016 | 3 Muharram 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengambil bahagian dalam upacara perarakan bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1438H yang telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 2 Oktober 2016 bersamaan 1 Muharram 1438H yang lalu. Seramai 56 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI telah turut serta dalam kontinjen JAWI kali ini yang segak mengenakan baju melayu berwarna merah hati lengkap dengan sampin dan songkok.

 

Hampir 9,000 orang telah terlibat dalam upacara perarakan pada kali ini yang telah dilepaskan secara rasmi oleh YB Mejar Jeneral (B) Dato' SeriJamil Khir binBaharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Perarakan telah berakhir di Dewan A, MAEPS dan disempurnakan dengan atur cara perasmian oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Turut hadir ialah YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

 

Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsan kali ini dianugerahkan kepada Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim manakala Anugerah Khas Maal Hijrah diberikan kepada Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang diwakili oleh anak sulung Allahyarham, Dr. Huda Haron.

 

mhmaeps2 mhmaeps1


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel