05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Laporan Kursus Penyembelihan Halal SMA MAIWP

19 Ogos 2016 (Jumaat) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Sekolah Menengah Agama (SMA MAIWP) telah mengadakan Kursus Penyembelihan Halal yang bertempat di SMA MAIWP, Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini disertai pelajar tingkatan 3 seramai 200 orang.

Tujuan diadakan program seperti ini adalah untuk memberi pendedahan konsep penyembelihan binatang mengikut hukum syarak dan teknik menyembelih serta melapah bulu ayam tanpa menggunakan air panas.

Di antara pengisian program ialah ceramah yang bertajuk "Konsep Penyembelihan Mengikut Hukum Syarak" oleh Ustaz Abd. Fatah bin Yusof, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAWI. Kemudian taklimat kaedah penyembelihan serta praktikal yang turut dibantu oleh fasilitator daripada Bahagian Penyelidikan JAWI. 

 
 gambar 1 gambar 2 gambar 3
 gambar 4  gambar 5  gambar 6

Cetak   Emel