05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Laporan Kursus Penyembelihan Halal JPWKL

20 Ogos 2016 (Sabtu) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWKL) telah mengadakan Kursus Penyembelihan Halal yang bertempat di Surau At-Taqwa JPWKL Jalan Duta Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini yang disertai pegawai dan kakitangan JPWKL serta turut hadir dalam program tersebut Pengarah JPWKL iaitu Puan Hajah Foziah binti Buang.

Tujuan diadakan program seperti ini adalah untuk memberi pendedahan konsep dan cara penyembelihan binatang mengikut hukum kepada pegawai dan kakitangan JPWKL. Di antara pengisian program ialah ceramah bertajuk "Konsep Penyembelihan Mengikut Hukum Syarak dan Hukum Hakam Berkaitan Ibadah Korban" yang disampaikan oleh Ustaz Abd. Fatah bin Yusof, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAWI. Kemudian taklimat kaedah penyembelihan serta praktikal yang turut dibantu oleh fasilitator daripada Bahagian Penyelidikan JAWI. 

 

gambar JPWKL 4 gambar JPWKL 5 gambar JPWKL 6
 

Cetak   Emel